3.2.11

Jawatan Kosong Balai Seni Lukis Negara

Jawatan Kosong di Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Kerja Kosong di Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Jobs Malaysia 2011, Jawatan Kosong Terkini, Kerja Kosong 2011, Peluang Kerjaya di Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Jobs Vacancy at Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Career at Balai Seni Lukis Negara (BSLN)Balai Seni Lukis Negara, sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi menyediakan tiga (3) keperluan perkhidmatan sebagai tenaga pengajar seni visual

KELAYAKAN

i. Mempunyai sijil-sijil yang berkaitan dalam bidang seni visual atau menceburi bidang seni visual tidak kurang daripada 3 tahun.

ii. Berpengalaman sebagai tenaga pengajar seni visual untuk kanak-kanak berumur 7 – 12 tahun, remaja berumur 13 – 17 tahun dan golongan orang
kurang upaya (OKU).

iii. Bersikap tanggungjawab, berdikari dan berdedikasi.

BAYARAN PERKHIDMATAN

i. RM800.00 sebulan (untuk 8 sesi pengajaran)

WAKTU DAN SESI MENGAJAR

i. 2 jam setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja

TEMPOH DAN JADUAL KONTRAK

i. 1 Februari 2011 hingga 30 April 2011 - (3 Bulan), atau Tarikh tutup permohonan : 28 Januari 2011

ii. 1 Mei 2011 hingga 31 Julai 2011 – (3 Bulan), atau Tarikh tutup permohonan : 5 April 2011

iii. 1 Ogos 2011 hingga 30 Oktober 2011 – (3 Bulan) Tarikh tutup permohonan : 5 Julai 2011

FUNGSI BIDANG TUGAS

i. Bertanggungjawab mengajar pelajar-pelajar dalam bidang seni visual.

ii. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan pengajaran kepada pelajar untuk setiap sesi.

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah disertakan dengan resume dan sekeping gambar terbaru berukuran passport, salinan sijil kelahiran, salinan kad pengenalan, salinan sijil persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

2. Pemohon juga hendaklah menyertakan kertas cadangan bahan pengajaran yang mengandungi;

a) Pengenalan dan asas sejarah seni

b) Pengetahuan dalam sejarah pelukis dan penggiat seni dalam modul pengajaran

c) Mempunyai tajuk, tujuan dan objektif, hasil akhir pembelajaran serta rujukan yang jelas dan fokus

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut;

Ketua Pengarah
Balai Seni Lukis Negara
No. 2, Jalan Temerloh
Off Jalan Tun Razak
53200 Kuala Lumpur
(u.p. En. Mohammad Shamsul Bahari Yusof Bahagian Jaringan dan Pendidikan)

2. Permohonan juga boleh dihantar melalui email shamsul@artgallery.gov.my

CATATAN

1. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga.

2. Permohonan yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah dianggap tidak berjaya.

3. Segala perbelanjaan menghadiri temuduga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

KLIK SINI UNTUK IKLAN PENUH

>> UNTUK MAKLUMAT LANJUT JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2012 {KLIK SINI}

>> Blog Hot Gossip di Malaysia {KLIK SINI}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...