16.1.11

Jawatan Kosong Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Jawatan Kosong di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kerja Kosong di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Jobs Malaysia 2011, Jawatan Kosong Terkini, Kerja Kosong 2011, Peluang Kerjaya di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Jobs Vacancy at Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Career at Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sebuah agensi yang mempunyai autonomi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bertanggungjawab dalam pembangunan dan pengurusan sistem harta intelek seperti perlindungan paten, cap dagangan, reka bentuk perindustrian, hakcipta dan susun atur litar bersepadu di Malaysia.

Misi kami ialah menyediakan infrastruktur perundangan yang kukuh dan sistem pentadbiran yang cekap ke arah meningkatkan kreativiti dan ekploitasi harta intelek (HI).

Seiring dengan pembangunan MyIPO yang dinamik, kami mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berorientasikan penghasilan kerja bagi mengisi kekosongan jawatan berikut di Ibu Pejabat MyIPO, Kuala Lumpur.

1. PEGAWAI PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN - 2 kekosongan
2. PEGAWAI PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN - 1 kekosongan
3. PENOLONG PEGAWAI PENDAFTARAN DAN PENTADBIRAN - 3 kekosongan

KLIK SINI UNTUK IKLAN PENUH, SYARAT KELAYAKAN DAN BORANG PERMOHONAN

SYARAT-SYARAT ASAS
Secara umum, kami mempelawa calon-calon seperti berikut;-
• Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
dengan baik. Kebolehan menguasai bahasa lain adalah diberi keutamaan;
• Berkebolehan mengendalikan computer di dalam word processing, spreadsheet,
powerpoint;
• Positif, kreatif, berkeyakinan dan mampu menyelesaikan masalah, yakin;
• Boleh bekerja dalam kumpulan serta boleh melakukan kerja-kerja di bawah
penyeliaan yang minimum;
• Mampu melakukan pelbagai tugas dalam masa yang ditetapkan dan boleh bekerja di
bawah tekanan;
• Berkebolehan merancang, menganalisa, menyediakan laporan dan membuat
pembentangan;
• Bersedia untuk ditugaskan diluar pejabat dalam dan luar negara;
• Mempunyai pengalaman 2-3 tahun, siswazah baru yang mempunyai pengalaman
yang berkaitan dengan HI adalah digalakkan untuk memohon;
• Lulus Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
• Warganegara Malaysia;
• Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan; dan
• Kemahiran berkomunikasi disemua peringkat.

Cara Memohon:

Kami menawarkan faedah dan ganjaran yang kompetitif. Calon-calon yang berminat dan
berkelayakan adalah dipelawa mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi yang
boleh dimuat turun melalui laman web kami dan menyerahkan borang-borang tersebut
bersama-sama sesalinan sijil-sijil yang telah disahkan dan gambar berukuran pasport
terkini selewat-lewatnya 28 Januari 2011 kepada :

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
UNIT B-18-1, MENARA UOA BANGSAR
NO. 5 JALAN BANGSAR UTAMA 1
59000 KUALA LUMPUR

(u.p. : Seksyen Pentadbiran dan Sumber Manusia)

Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk ditemuduga.

>> UNTUK MAKLUMAT LANJUT JAWATAN KOSONG KERAJAAN 2012 {KLIK SINI}

>> Blog Hot Gossip di Malaysia {KLIK SINI}

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...